A Star Is Born (filem 1937)

A Star Is Born
PengarahWilliam A. Wellman
Penulis
  • William A. Wellman
  • Robert Carson
  • Dorothy Parker
  • Alan Campbell
Dihasilkan olehDavid O. Selznick
Dibintangi
  • Janet Gaynor
  • Fredric March
SinematografiW. Howard Greene
Disunting oleh
  • James E. Newcom
  • Anson Stevenson
Muzik olehMax Steiner
Syarikat
penerbitan
Selznick International Pictures
Diedarkan olehUnited Artists
Tarikh tayangan
  • 20 April 1937 (1937-04-20)
Masa tayangan
111 minit
NegaraAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Bajet$1.2 juta
Pecah panggunglebih dari $2 juta

A Star Is Born ialah sebuah filem drama romantik Technicolor Amerika Syarikat 1937 yang diterbitkan oleh David O. Selznick, arahan William A. Wellman dari lakon layar oleh Wellman, Robert Carson, Dorothy Parker dan Alan Campbell, dan dibintangi oleh Janet Gaynor sebagai seorang pelakon Hollywood, dan Fredric March sebagai seorang bintang filem yang membantu melancarkan kerjayanya. Pelakon pembantunya terdiri daripada Adolphe Menjou, May Robson, Andy Devine, Lionel Stander dan Owen Moore.

Filem ini telah diterbitkan semula tiga kali: pada 1954 dibintangi oleh Judy Garland dan James Mason, pada 1976 dibintangi oleh Barbra Streisand dan Kris Kristofferson dan pada 2018 dibintangi oleh Lady Gaga dan Bradley Cooper.