Mimpi Suatu Malam Pertengahan Musim Panas

Mimpi Suatu Malam Pertengahan Musim Panas merupakan sebuah pementasan yang dihasilkan oleh William Shakespeare dan ia dipercayai ditulis diantara 1590 hingga 1596. Ia menggambarkan peristiwa-peristiwa yang menyelubungi perkahwinan Duke Athens, Theseus dan Hippolyta. Ini termasuklah pengembaraan empat orang kekasih muda dari Athens dan sekumpulan enam pelakon amatur yang dikawal dan dimanipulasi oleh pari-pari yang menghuni hutan di mana kebanyakan lakonan ditetapkan. Pementasan bersifat komedi ini adalah salah satu karya Shakespeare yang terkenal di panggung dan ia dipersembahkan di seluruh dunia.