1.1.1.1

1.1.1.1: Faster Internet (iOS) / 1.1.1.1: Faster & Safer Internet (Android)
PembangunCloudflare
Pelancaran pertama1r April 2018
Versi terkini/stabilAndroid: 3.8
iOS: 3.12
PelantarAndroid, IOS
JenisPerkhidmatan di internetPelayan namapublic recursive name server
Pautan berkaitan
Tapak webhttps://1.1.1.1/
sunting ยท sunting di Wikidata

1.1.1.1 adalah perkhidmatan Sistem Nama Domain (DNS) yang percuma. Perkhidmatan dan pelayan DNS awam diselenggara dan dimiliki oleh Cloudflare dengan kerjasama APNIC. Perkhidmatan ini berfungsi sebagai pelayan nama rekursif yang menyediakan resolusi nama domain untuk mana-mana hos di Internet. Perkhidmatan ini diumumkan pada 1 April 2018, dan didakwa oleh Cloudflare sebagai "perkhidmatan DNS pengguna yang paling laju dan mementingkan privasi pengguna". Pada 11 November 2018, Cloudflare mengumumkan aplikasi mudah alih perkhidmatan 1.1.1.1 untuk Android dan iOS. Pada 25 September, 2019, Cloudflare mengeluarkan WARP, versi aplikasi 1.1.1.1 asal yang dinaik taraf.

Menurut DNSPerf, 1.1.1.1 adalah resolver DNS rekursif terpantas di dunia, menewaskan resolver popular yang lain seperti Google Public DNS.