Pelayan nama

Pelayan nama (bahasa Inggeris: nameserver) ialah pelayan komputer yang mengehos khidmat rangkaian untuk menjawab pertanyaan keatas khidmat direktori. Ia memetakan pengecam yang difahami manusia kepada bahagian dalaman sistem, selalunya komponen pengecam atau alamat nombor. Khidmat ini dilakukan oleh pelayan sebagai jawapan kepada permintaan protokol khidmat rangkaian.

Satu contoh pelayan nama ialah komponen pelayan bagi Sistem Nama Domain (DNS), salah satu daripada dua ruang nama utama bagi Internet. Fungsi terpenting bagi pelayan DNS ialah menterjemah nama-nama domain dan nama hos yang mudah diingati manusia kepada padanan alamat Protokol Internet (IP Server_oercobaan.aternos.me), ruang nama utama Internet kedua yang digunakan untuk mengecam dan mengesan sistem-sistem komputer serta sumber-sumber di Internet.