Éder Militão
|
Militão pada tahun 2022 | |||
| Maklumat peribadi | |||
|---|---|---|---|
| Nama penuh | Éder Gabriel Militão | ||
| Tarikh lahir | 18 Januari 1998 | ||
| Tempat lahir | Sertãozinho, São Paulo, Brazil | ||
| Ketinggian | 1.86 m (6 ka 1 in) | ||
| Posisi permainan | Bek tengah | ||
| Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Real Madrid | ||
| Nombor | 3 | ||
| Kerjaya remaja | |||
| 2010–2017 | São Paulo | ||
| Kerjaya Senior* | |||
| Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
| 2017–2018 | São Paulo | 49 | (5) |
| 2018–2019 | Porto | 29 | (3) |
| 2019– | Real Madrid | 97 | (7) |
| Pasukan kebangsaan‡ | |||
| 2015 | Brazil B17 | 5 | (0) |
| 2018– | Brazil | 30 | (2) |
|
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 21:28, 12 Ogos 2023 (UTC) ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 23:00, 20 Jun 2023 (UTC) | |||
Éder Gabriel Militão (Portugis Brazil: [ˈɛdɛʁ ɡabɾiˈɛw miliˈtɐ̃w]; lahir 18 Januari 1998) ialah pemain bola sepak profesional Brazil yang beraksi untuk kelab La Liga, Real Madrid dan pasukan kebangsaan Brazil. Dianggap sebagai salah seorang pemain pertahanan terbaik dunia, beliau dikenali dengan kelebihan merebut bola, menjaga pemain lawan dan penguasaan di udara. Walaupun beliau lebih kepada posisi bek tengah, beliau jgua boleh beraksi di posisi bek kanan atau pemain tengah bertahan.
Militão telah memulakan kariernya di São Paulo dan beraksi sebanyak 57 perlawanan sepanjang tempoh dua tahun bersama kelab itu. Kemudian, beliau berpindah ke Porto. Pada tahun 2019 iaitu selepas semusim di Portugal, beliau menyertai Real Madrid dengan nilai perpindahan sebanyak €50 juta. Beliau telah menjuarai dua gelaran La Liga, satu Liga Juara-Juara UEFA dan Piala Dunia Kelab FIFA.
Militão melakukan debut untuk skuad senior Brazil pada tahun 2018. Beliau merupakan sebahagian daripada skuad Brazil yang menjuarai Copa América pada tahun 2019 dan mencapai status bergelar naib juara pada tahun 2021 di samping menyertai kejohanan Piala Dunia FIFA 2022.