zon

Lihat juga: zo’n dan Zon

Bahasa Melayu

Takrifan

Kata nama

zon (ejaan Jawi زون)

  1. (geografi) salah satu kawasan di permukaan bumi yang terbahagi mengikut suhu dan garis lintang
  2. (geografi) daerah atau kawasan yang mempunyai sifat atau tujuan yang tertentu
    Kawasan rehat di lebuh raya merupakan zon larangan merokok.
  3. (geologi) lapisan atau kawasan batu-batan yang bercirikan fosil, kecatatan struktur atau sebagainya
  4. (geografi) bahagian sfera di antara dua satah yang selari, dimana ia memintasi sfera

Etimologi

Daripada bahasa Inggeris zone, daripada bahasa Latin zōna, daripada bahasa Yunani Purba ζώνη (zṓnē, kendit, lingkungan)

Sebutan

Kata seerti

  • (daerah atau kawasan yang mempunyai sifat atau tujuan yang tertentu): kawasan, lingkungan, daerah, rantau, seksyen, sektor, bahagian, wilayah

Rujukan

  • "zon" di Pusat Rujukan Persuratan Melayu.

Bahasa Belanda

Takrifan 1

Kata nama

zon f (jamak zonnen, diminutif zonnetje n)

  1. matahari
Terbitan kata
  • zonnestelsel
  • zonsondergang
  • zonsopgang
  • zonsopkomst
  • zonsverduistering
Istilah berkaitan
  • Zon

Etimologi

Daripada bahasa Belanda Pertengahan sonne, daripada bahasa Belanda Kuno sunna, daripada bahasa Jermanik Barat Purba *sunnā, daripada bahasa Jermanik Purba *sunnǭ, daripada bahasa Indo-Eropah Purba *sh₂un-, *sóh₂wl̥.

Takrifan 2

Kata kerja

zon

  1. penunjuk kini orang pertama tunggal bagi zonnen
  2. bentuk perintah bagi zonnen
  3. penunjuk lepas tunggal bagi zinnen

Sebutan

  • Rima: -ɔn
  • AFA(kekunci): /zɔn/
  • Audio:(file)

Anagram

  • onz.

Bahasa Sweden

Takrifan

Kata nama

zon c

  1. zon

Sebutan

  • AFA(kekunci): /suːn/
  • Audio:(file)
  • Rima: -uːn

Bahasa Volapük

Kata nama

zon

  1. zon