ziarah

Bahasa Melayu

Takrifan

ziarah

  1. lawatan atau kunjungan ke tempat suci; perjalanan keagamaan (khususnya haji).
  2. lawatan atau kunjungan (ke mana-mana tempat).

Etimologi

Daripada perkataan Arab زِيَارَة.

Sebutan

Kamus Dewan: zia·rah

  • (Johor-Selangor) : AFA(kekunci): /ziˈaˈrah/
  • (Riau-Lingga) AFA(kekunci): /ziˈaˈrah/

Tulisan Jawi

زياره

Terjemahan

Terbitan

  • berziarah: berkunjung ke sesuatu tempat.
  • menziarahi: mengunjungi, melawati.
  • penziarah: orang yang menziarahi.
  • penziarahan: perihal menziarahi.
  • peziarahan: tempat yang dikunjungi.
  • ziarahan: kunjungan, lawatan.

Tesaurus

Sinonim
kunjung, lawat, jenguk.

Bahasa Indonesia

  • Lihat takrifan Bahasa Melayu.