wujud

Carilah maklumat lanjut mengenai wujud di projek-projek kembar Wikikamus:

  Rencana dari Wikipedia.
  Buku teks dari Wikibuku.
  Imej dan media dari Wikimedia Commons.

Bahasa Melayu

Takrifan

wujud

  1. ada, sedia ada.
  2. sesuatu yang ada bentuknya.
  3. benda yang nyata, rupa yang dapat dilihat.
  4. tidak ghaib, boleh kelihatan dan tidak boleh tidak kelihatan.

Etimologi

Dari bahasa Arab وُجُودٌ (wujuudun) dari kata akar وجد (wajada).

Terbitan

  • berwujud: memang ada.
  • mewujudkan:
  1. menjadikan berwujud.
  2. melaksanakan.
  3. menerangkan.
  • kewujudan: perihal wujudnya sesuatu.
  • perwujudan:
  1. bentuk.
  2. sesuatu yang berwujud.
  3. sesuatu yang konkrit.
  4. pelaksanaan.

Sebutan

Kamus Dewan: wu·jud

Terjemahan

  • Inggeris: have, has (1)
  • Arab: وُجُودٌ

Tulisan Jawi

وجود

Tesaurus

Sinonim

ada, hadir, hidup, terdapat.

Antonim

ghaib, hapus, kosong, lenyap, pupus, tiada.

Bahasa Indonesia

  • Lihat takrifan bahasa Melayu.