tukar

Bahasa Melayu

Takrifan

Kata kerja

tukar (ejaan Jawi توکر)

  1. memberi dan menerima gantinya, saling memberi.
  2. berubah kepada bentuk yang lain.
  3. berganti dengan yang lain, bersalin, bersilih.
  4. berpindah dari suatu tempat ke tempat yang lain.

Kata terbitan

  • bertukar = tukar.
  • bertukar-tukar: saling berganti; berganti-ganti.
  • menukar:
    1. mengganti dengan yang lain;
    2. mengubah.
  • menukarkan:
    1. membuat supaya bertukar.
    2. memberikan sesuatu supaya diganti dengan yang lain.
    3. mengarahkan supaya bertukar.
  • tukaran: sesuatu yang ditukarkan, pengganti,
  • pertukaran: perbuatan atau hal bertukar; pergantian; perubahan.
  • penukaran: perbuatan menukar.
  • penukar:
    1. orang yang menukar.
    2. alat yang digunakan untuk menukar.

Sebutan

Kamus Dewan: tu·kar

Terjemahan

Bahasa Indonesia

  • Lihat takrifan bahasa Melayu.