terbilang

Bahasa Melayu

Takrifan

Kata kerja

terbilang

  1. terhitung, dapat dihitung, termasuk hitungan.
    Perahu pun tiada terbilang banyaknya.
  2. terkenal, terkemuka.
    Banyak sudah pahlawan terbilang pihak China yang telah rebah ke bumi.
  3. dimaklumi (sebagai mempunyai sesuatu sifat).
    Dia memang terbilang sebagai orang yang lekas naik radang.

Etimologi

ter- + bilang

Sebutan

  • AFA(kekunci): /tər.bi.laŋ/
  • Rima: -laŋ, -aŋ
  • Penyempangan: ter‧bi‧lang