tangan

Bahasa Melayu

Takrifan

tangan

  1. (anatomi) anggota tubuh dari kepala bahu sampai ke hujung jari, anggota tubuh dari pergelangan tangan sampai ke hujung jari.
    Perahu sudah di air, pengayuh sudah di tangan.
  2. (kiasan) sesuatu yang menyerupai tangan atau yang digunakan seperti tangan.
  3. (kiasan) kuasa, pegangan, pengaruh, perintah.
    Kuasa memerintah negeri terletak dalam tangan rakyat.

Kata terbitan

  • tangan-tangan:
  1. kelek-kelek (kerusi).
  2. selusur pada tangga.
  3. tempat berpegang (pada basikal).
  4. palang pada neraca dll.
  • tangan-menangan: dari tangan ke tangan, bukan dari asalnya.
  • menangani:
  1. mengerjakan (sendiri), membuat sendiri, mengusahakan:
    Masih belum ada sesiapa pun antara kita yang menangani bidang ini secara bersungguh-sungguh.
  2. = menangankan: memukuli (dengan tangan) supaya jera, mengajar.
    Suruh dia datang sekarang juga, kalau tidak akan aku tangankan.
  • tanganan:
  1. tangan-tangan.
  2. hasil daripada pekerjaan, buatan .
  • penanganan: perihal (perbuatan, cara) menangani.
  • penangan: pukulan dengan tangan.
    Sekarang suruh dia tampil ke muka, dan biar dia merasa penangan dari tanganku sendiri.

Etimologi

Daripada bahasa Melayik Purba *taŋan.

Sebutan

  • Kamus Dewan: ta·ngan
  • AFA(kekunci): /taŋan/
  • Rima: -aŋan, -ŋan, -an
  • Audio (MY):(file)

Tulisan Jawi

تاڠن

Terjemahan

Rujukan

Pautan luar

  • "tangan" di Pusat Rujukan Persuratan Melayu.

Bahasa Indonesia

Takrifan

Kata nama

tangan (plural tangan-tangan)

  1. (anatomi) tangan

Sebutan

  • Penyempangan: ta‧ngan

Pautan luar

Bahasa Kayan Baram

Takrifan

Kata nama

tangan

  1. lauk (sayur)