tanda

Carilah maklumat lanjut mengenai tanda di projek-projek kembar Wikikamus:

  Rencana dari Wikipedia.
  Buku teks dari Wikibuku.
  Imej dan media dari Wikimedia Commons.

Bahasa Melayu

Takrifan

Kata nama

tanda (jamak tanda-tanda)

  1. Lambang atau simbol yang digunakan dalam tulisan yang mempunyai erti tertentu.
  2. Lambang dan lain-lain yang digunakan untuk mengenali (mengetahui, mengecam, dan lain-lain) sesuatu.
  3. Perbuatan (suara dan lain-lain) sebagai isyarat.
  4. Alamat (akan berlakunya sesuatu dan lain-lain).
  5. Barang apa yang menjadi keterang­an sesuatu perbuatan.
  6. Hal yg menunjukkan sesuatu (penyakit dan lain-lain).

Sebutan

  • Kamus Dewan: tan·da
  • AFA(kekunci): /tan.da/
  • Rima: -da, -a
  • Penyempangan: tan‧da

Terbitan

  • bertanda
  • menandai
  • menandakan
  • tertanda
  • penandaan
  • penanda, pertanda

Kata majmuk

  • tanda angka ganda
  • tanda baca, tanda bacaan
  • tanda bahagi
  • tanda bahaya
  • tanda bertunang
  • tanda beti
  • tanda bukti
  • tanda cema
  • tanda cerai
  • tanda gambar
  • tanda hayat, tanda hidup, tanda kenangan, tanda mata
  • tanda hormat
  • tanda kutip, tanda petik
  • tanda lahir
  • tanda mati
  • tanda niaga
  • tanda panah
  • tanda pangkat
  • tanda penghubung
  • tanda perikatan
  • tanda peringatan
  • tanda perpuluhan
  • tanda pundak
  • tanda selar
  • tanda serah
  • tanda terima
  • tanda tinggi
  • tandatangan

Tesaurus

Sinonim

Rujukan

Pautan luar

  • "tanda" di Pusat Rujukan Persuratan Melayu.

Bahasa Iban

Takrifan

Kata nama

tanda

  1. tanda (lambang yang digunakan dalam tulisan yang mempunyai erti tertentu)
  2. berbagai jenis tarian