sejarah

Bahasa Melayu

Takrifan

sejarah

  1. asal usul (keturunan), salasilah.
  2. peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau.
  3. kajian atau pengetahuan mengenai peristiwa-peristiwa yang telah lalu.

Etimologi

Daripada Arab شَجَرَة (šajara).

Sebutan

  • Kamus Dewan: se·ja·rah
  • AFA(kekunci): /sə.d͡ʒa.rah/
  • Rima: -rah, -ah
  • Penyempangan: se‧ja‧rah
  • Audio (MY):(file)

Tulisan Jawi

سجاره

Terbitan

  • bersejarah / برسجاره [ber.se.ja.rah]:
  1. mengandungi sejarah, termasuk dalam sejarah.
  2. menanyakan asal usul.
  • menyejarahkan / مڽجارهکن [me.nyẽ.ja.rah.kan]: meriwayatkan, mengisah­kan.
  • kesejarahan / کسجارهن [ke.se.ja.ra.han]: perihal sejarah.
  • persejarahan / ڤرسجارهن [per.se.ja.ra.han]: yang berkaitan dengan sejarah.
  • penyejarahan / ڤڽجارهن [pe.nyẽ.ja.ra.han]: penulisan sejarah.

Kata majmuk

  • sejarah umum
  • ahli sejarah
  • ilmu sejarah

Tesaurus

Sinonim
kisah, riwayat, tambo.