rumah

Carilah maklumat lanjut mengenai rumah di projek-projek kembar Wikikamus:

  Rencana dari Wikipedia.
  Buku teks dari Wikibuku.
  Imej dan media dari Wikimedia Commons.

Bahasa Melayu

Takrifan

rumah

  1. tempat atau binaan yang dibangun untuk dihuni dan menjadi tempat tinggal manusia.
  2. pasukan atau kumpulan dalam olahraga (contohnya di sekolah).

Bentuk alternatif

Bahasa isyarat

Etimologi

Daripada bahasa Melayik Purba *rumah, daripada bahasa Melayu-Polinesia Purba *ʀumaq, daripada bahasa Austronesia Purba *ʀumaq.

Sebutan

  • Kamus Dewan: ru·mah
  • (baku) AFA(kekunci): /ru.mah/
  • (Sarawak) AFA(kekunci): /ɣu.mah/
  • Rima: -umah, -mah, -ah
  • Penyempangan: ru‧mah

Tulisan Jawi

رومه

Terjemahan

Terbitan

  • serumah:
  1. seisi rumah, seluruh rumah.
  2. tinggal dalam satu rumah.
  3. sudah kahwin (beristeri atau bersuami).
  • perumahan:
  1. kumpulan rumah.
  2. tanah kosong (tapak) untuk mendirikan rumah.

Tesaurus

Sinonim
banglo, bangunan, gubuk, kabin, kediaman, pondok, tempat tinggal, teratak, vila, wisma.

Bahasa Indonesia

  • Lihat takrifan bahasa Melayu.