peta

Bahasa Melayu

Takrifan

peta

  1. lukisan atau gambar pada kertas atau sebagainya yang menunjukkan kedudukan negeri, sungai, gunung, dan lain-lain.
  2. lukisan atau gambar yang menunjukkan keduduk­an bintang dan lain-lain di langit.

Kata terbitan

  • berpeta: berupa peta.
  • memeta: membuat peta.
  • memetakan:
  1. membuat peta tentang se­suatu, menunjukkan kedudukan (keadaan dan sebagainya) sesuatu dalam bentuk peta.
    Sebahagian besar hutan itu masih belum dipetakan.
  2. meng­gambarkan, melukiskan.
    Novel itu memetakan bagaimana seorang ibu muda yang bergaji kecil hidup.
  3. pemeta: orang yang membuat peta.
  4. pemetaan: perihal membuat peta.

Sebutan

Kamus Dewan: pe·ta

Tulisan Jawi

ڤتا

Terjemahan

Bahasa Indonesia

  • Lihat takrifan bahasa Melayu.

Bahasa Kelabit

Takrifan

Kata nama

peta

  1. hiasan kepala/ ikatan kepala yang diperbuat daripada manik

Sebutan

  • Penyempangan: pe‧ta