palsu

Bahasa Melayu

Takrifan

palsu (ejaan Jawi ڤلسو)

  1. Sifat suatu perkara yang tidak benar atau tidak bertepatan dengan perkara atau hakikat sebenar.
  2. Sifat suatu objek yang menyerupai objek asli tetapi bukan objek yang sebetulnya.

Etimologi

Pinjaman bahasa Portugis falso (palsu, tidak benar).

Sebutan

Tesaurus

  • Antonim: benar, betul
  • Sinonim: tiruan, olok-olok (takrifan 2)

Rujukan

Pautan luar

  • "palsu" di Pusat Rujukan Persuratan Melayu.