nyamuk

Carilah maklumat lanjut mengenai nyamuk di projek-projek kembar Wikikamus:

  Rencana dari Wikipedia.
  Buku teks dari Wikibuku.
  Imej dan media dari Wikimedia Commons.

Bahasa Melayu

nyamuk (ejaan Jawi ڽاموق)

  1. Serangga kecil yang terbang dalam keluarga Culicidae, yang dikenali kerana menggigit dan menghisap darah.

Etimologi

Daripada bahasa Melayik Purba *ñamuk (banding Banjar nyamuk), daripada bahasa Melayu-Polinesia Purba *ñamuk, *lamuk (banding Aceh jamok, Bugis namok, Chamorro ñamu, Jawa lemut, Tagalog lamok, Fiji namu, Samoa namu).

Sebutan

Tulisan Jawi

ڽاموق

Terjemahan

Kata majmuk

  • nyamuk aedes
  • nyamuk biasa
  • nyamuk mati
  • nyamuk pers
  • nyamuk tiruk
  • tamparan nyamuk

Peribahasa

  • Nyamuk mati gatal tak lepas
    1. menaruh dendam terhadap orang yg berbuat jahat kpd kita walaupun ia sudah dihukum.
  • Nyamuk lepas pijat-pijat kena pirik.
    1. Mendapat celaka kerana kesalahan orang lain. pirik = memipis, menumbuk lumat-lumat.
  • Ditempuh nyamuk terbalik, ditindih lalat tak dapat bangkit.
    1. Terlalu lemah.
  • Menepak nyamuk menjadi daki.
    1. Tak akan mendapat nama baik kalau melawan orang yang lemah. (Biasa juga: Mengusir nyamuk menerima daki).
  • Tepuk nyamuk menjadi daki.
    1. Tak akan mendapat nama baik kalau melawan orang yang lemah. (Peribahasa lain yang sama makna: Menepak nyamuk menjadi daki).

Rujukan

  • Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Pautan luar

  • "nyamuk" di Pusat Rujukan Persuratan Melayu.

Bahasa Indonesia

Kata nama

nyamuk (plural nyamuk-nyamuk)

  1. serangga kecil yang terbang dalam keluarga Culicidae, yang dikenali kerana menggigit dan menghisap darah.

Etimologi

Diwarisi daripada bahasa Melayu nyamuk, daripada bahasa Melayik Purba *ñamuk, (banding Banjar nyamuk), daripada bahasa Melayu-Polinesia Purba *ñamuk, *lamuk (banding Aceh jamok, Bugis namok, Chamorro ñamu, Jawa lemut, Tagalog lamok, Fiji namu, Samoa namu).