niat

Bahasa Melayu

Etimologi

Daripada نية bahasa Arab.

Takrifan

niat

  1. (Islam) keinginan dalam hati untuk melakukan suatu tindakan yang ditujukan hanya kepada Allah
  2. maksud atau tujuan sesuatu perbuatan
  3. ingatan dalam hati
  4. janji dalam hati untuk melakukan sesuatu jika terkabul sesuatu yang dihajati

Sebutan

Kamus Dewan: niat

Tulisan Jawi

نية

Terjemahan

Terbitan

Imbuhan

  • berniat:
    1. bertujuan (akan), bermaksud (akan)
    2. berjanji (akan)
  • berniat-niat: berharap-harap supaya
  • meniatkan:
    1. mengharapkan
    2. menjanjikan untuk melakukan sesuatu (se­telah sampai hajat dll)
  • terniat: telah diniatkan, datang niat
  • niatan: niat

Kata majmuk

  • niat hati: kehendak hati
  • niat baik: maksud yang baik

Tesaurus

Sinonim
tujuan, kehendak, maksud.



Bahasa Semai

Takrifan

Kata nama

niat

  1. hajat
    Apak niat de iklas tulug Chong.
    Ayah niat ikhlas tolong Chong.