malam
Bahasa Melayu
Takrifan
malam
- waktu mulai dari matahari terbenam hingga matahari terbit.
- Jangan main di luar lagi, hari sudah malam.
Kata terbitan
- bermalam :
- tidur, menginap.
- Mahu tidak mahu kami terpaksa bermalam di pondok kecil itu.
- sudah disimpan semalam (berkenaan masakan), sudah basi atau tidak sedap lagi dimakan.
- Aku berasa hendak muntah sesudah makan lauk yang sudah bermalam itu.
- tidur, menginap.
- bermalaman: tidur bersama, berseketiduran.
- malam-malam: sudah jauh malam, pada waktu malam.
- Apa engkau hendak cari di bandar malam-malam hari ini?
- memalamkan, mempermalamkan: menyimpan sesuatu (ubat dll) untuk satu malam, membiarkan bermalam.
- semalam:
- satu malam.
- Kalau ke kampung nanti, tidurlah di rumah nenek barang semalam.
- sepanjang malam.
- Maka semalam itu Hang Tuah pun berhikayat pelbagai cerita.
- hari sebelum hari ini, kelmarin.
- Semalam kami pergi berkelah ke Port Dickson.
- malam sebelum malam ini, malam tadi.
- Semalam dia pergi menonton filem di panggung Rex.
- satu malam.
- semalam-malaman, semalaman: sepanjang malam, semalam suntuk.
- Semalaman itu kami tidak tidur.
Sebutan
- Kamus Dewan: ma·lam
Audio (MY): (file)
Tulisan Jawi
مالم
Terjemahan
waktu malam
| width=1% | |bgcolor="#F9F9F9" valign=top align=left width=48%|
|
Terbitan
Ungkapan
- malam buta: malam yang sangat gelap.
- semalam suntuk: sepanjang malam
Peribahasa
- semalam di bawah nyiur pinang orang, kata orang diturut: hendaklah kita menurut adat istiadat negeri yang kita tumpangi.
Tesaurus
- Antonim
- siang.
Bahasa Indonesia
- Lihat takrifan bahasa Melayu.
Bahasa Cam Barat
Takrifan
Kata nama
malam (ejaan Jawi مالم) (ejaan Cham ꨠꨤꩌ)
- Lihat bahasa Melayu.