makan

Bahasa Melayu

Takrifan

makan

  1. memamah serta menelan makanan, mengunyah (menelan, melulur, menghisap, dan lain-lain) sesuatu.
  2. memasukkan sesuatu ke dalam mulut
    Jemputlah makan kuih ini.
    .جمڤوتله ماکن کوءيه اين
  3. makan nasi: memamah serta menelan nasi.
    Engkau sudah makan Sim?
    اڠکو سوده ماکن سيم؟
  4. menggunakan (menghabiskan, memerlukan, dan lain-lain) masa, wang, dan lain-lain.
    Pekerjaan ini banyak makan belanja.
    .ڤکرجاءن اين باڽق ماکن بلنجا
  5. melukai atau menembusi (senjata, air soda, dan lain-lain), lut.
    Ditikamnya, tetapi tidak makan.
  6. bekerja seperti yang dijangkakan (brek dan lain-lain).
    Brek basikal ini tak makan.
  7. dapat masuk (barang yang dimasukkan ke lubang dan lain-lain), masuknya.
    Paku itu hanya setengah inci makan ke dalam papan itu.
  8. mengikut (nasihat dan lain-lain), menerima (pengaruh, pujukan, dan lain-lain)
    Inilah jadinya kalau orang tak makan nasihat.
  9. (kiasan) menggelapi (wang dan lain-lain), mengambil secara haram (wang).
    Pegawai Perumahan ini kuat makan duit.

makan

  1. rezeki.
    Bagaimana hendak mencari makan kalau kesihatanku selalu terganggu?

Etimologi

Daripada bahasa Melayik Purba *makan, daripada bahasa Melayu-Polinesia Purba *kaən, daripada bahasa Austronesia Purba *kaən.

Sebutan

  • Kamus Dewan: ·kan
  • (Sebutan baku; Kamus Dewan Perdana) AFA(kekunci): /ma.kan/
  • Audio (MY-zsm):(file)
  • AFA(kekunci): /makan/
  • Rima: -akan, -kan, -an
  • Penyempangan: ma‧kan

Terjemahan

Terbitan

Kata majmuk

  • buruk makan
  • dipupuhnya makan
  • renggah makan
  • makan ampun
  • makan angin
  • makan angkat
  • makan arwah
  • makan bawang
  • makan benak
  • makan beradap
  • makan berdamai
  • makan besar
  • makan budi
  • makan bunga
  • makan butir
  • makan cekak
  • makan dalam
  • makan darah
  • makan dawai
  • makan diri
  • makan duit
  • makan gaji
  • makan gambar
  • makan garam
  • makan hak
  • makan hati
  • makan kawan sendiri
  • makan kerawat
  • makan keringat orang
  • makan kuli
  • makan luar
  • makan malam
  • makan nasi dengan garam
  • makan nasi kawah
  • makan nikmat
  • makan pelewar
  • makan pencen
  • makan puluk
  • makan ransom
  • makan riba
  • makan sahur
  • makan sejambar
  • makan suap
  • makan sumpah
  • makan tanah
  • makan tangan
  • makan tanggung
  • makan tidur
  • makan tuan
  • makan tulang
  • nafsu makan
  • rumah makan
  • wang makan

Tesaurus

Sinonim
  • (santap): bahau, melahap, melulur, memamah, mematuk, membaham, membalun, membantai, membedal, menalak, menangsel perut, mencaruk, mencatuk, mencekik, mencengam, mendahar, menelan, mengerit, mengerkah, menggasak, mengerip, menghirup, mengganyang, menggerogot, menggigit-gigit, mengisi perut, mengunggis, mengunyah, menjamah, menjilat, menyekang perut, menyental, menyungkah, meragut, meranggah, merasa, meratah, muntah ke darah, santap.
  • (tembus): ayap, kena, lut, masuk, mempan, telap.
  • (bekerja seperti dijangkakan): berfungsi, berkesan, memakan, mencengkam.
  • (ikut nasihat): mematuhi, mendengar, menerima, mengikut, mentaati, menurut.

Bahasa Banjar

Takrifan

  • Lihat takrifan bahasa Melayu.

Etimologi

Daripada bahasa Melayik Purba [Perkataan?] *makan, daripada bahasa Melayu-Polinesia Purba [Perkataan?] *kaən, daripada bahasa Austronesia Purba [Perkataan?] *kaən.

Bahasa Indonesia

  • Lihat takrifan bahasa Melayu.

Etimologi

Daripada bahasa Melayik Purba *makan, daripada bahasa Melayu-Polinesia Purba *kaən, daripada bahasa Austronesia Purba *kaən.

Terbitan

Kata majmuk

  • bosor makan
  • kamar makan
  • kereta makan
  • kursi makan
  • lemari makan
  • makan ampun
  • makan angin
  • makan arwah
  • makan asam garam
  • makan ayapan
  • makan bawang
  • makan bebas
  • makan benak
  • makan berpantang
  • makan berulam
  • makan besar
  • makan biaya
  • makan darah
  • makan dati
  • makan dawai
  • makan dedak
  • makan diri
  • makan duit
  • makan emas
  • makan gaji
  • makan hak
  • makan jangat
  • makan kawan sendiri
  • makan kawat
  • makan kerawat
  • makan keringat orang
  • makan kuli
  • makan malam
  • makan ongkos
  • makan pagi
  • makan pena
  • makan riba
  • makan sekolah
  • makan sepinggan
  • makan siang
  • makan sogok
  • makan suap
  • makan sumpah
  • makan tali
  • makan tanah
  • makan tangan
  • makan tidur
  • makan tulang
  • makan uang
  • makan upah
  • makan waktu
  • mencari makan
  • menyosoh makan
  • mogok makan
  • nona makan sirih
  • perkakas makan
  • pisau makan
  • rumah makan
  • sendok makan
  • servis makan
  • turun makan
  • uang makan

Bahasa Sweden

Kata nama

  1. mufrad tentu maka