lutut

Bahasa Melayu

Etimologi

Diturunkan daripada bahasa Melayu Klasik لوتُت (lutut), daripada bahasa Melayik Purba *hulu tuut, daripada bahasa Melayu-Polinesia Purba *qulu tuhud, kata majmuk *qulu + *tuhud, masing-masing daripada bahasa Austronesia Purba *quluh dan *tuduS (melalui metatesis).

Seasal dengan Minangkabau lutuik, Tolaki lutu, Waru lutu, Rahambuu lutu, Kodeoha lutu, Sabu rutuu, Dhao urutuu, Wuvulu-Aua du'uu.

Takrifan

lutut

  1. Sendi di bahagian bawah badan yang menghubungkan paha dan betis.
    Sinonim: tuhut (Brunei)

Sebutan

  • Kamus Dewan: lu·tut
  • (Johor-Selangor) AFA(kekunci): /lutot/
  • (Riau-Lingga) AFA(kekunci): /lutʊt/
  • Rima: -utot, -tot, -ot
  • Audio (MY):(file)

Tulisan Jawi

لوتوت

Rujukan

Pautan luar

  • "lutut" di Pusat Rujukan Persuratan Melayu.