lari
Bahasa Melayu
Takrifan
lari
- berlari: bergerak dengan pantas sekali (lebih cepat daripada berjalan).
- Mereka pun terkejut lalu berlari tunggang-langgang.
- menyelamatkan atau melepaskan diri (daripada bahaya, tahanan, dan lain-lain).
- Kesemua pencuri itu telah dapat lari daripada serbuan polis.
- meninggalkan (sesuatu tempat, pekerjaan, dan lain-lain) tanpa kebenaran.
- Kedua-dua orang pemuda yang lari masuk hutan itu akan dihukum.
- bebas (terlepas, tersisih, dsb) daripada sesuatu atau daripada terpaksa melakukan sesuatu.
- Kita tidak dapat lari daripada membandingkan kedua-dua bahasa kerana dua sebab.
lari
- kecepatan, kelajuan.
- Kuat sungguh larinya kereta itu.
- Ralat Lua pada baris 647 di Modul:parameters: Parameter 1 must be a valid language or etymology language code; the value "percakapan" is not valid. See WT:LOL and WT:LOL/E.. perginya, arah, hala, haluan.
- Ke mana larinya wang tadi?
Kata terbitan
- berlari(برلاري): bergerak dengan langkah yang pantas.
- berlarian(برلارين): berkejar dan berlari dengan tidak tentu hala.
- melarikan(ملاريکن):
- membawa lari.
- membawa, memandu;
- melepaskan sesuatu;
- mengalih.
- memperlarikan(ممڤلاريکن): menyebabkan berlari.
- larian(لارين):
- balapan tempat berlari;
- gerakan berlari.
- pelarian(ڤلارين):
- hal lari atau melarikan diri;
- orang yang melarikan diri dari sesuatu kawasan, negeri dan lain-lain.
- pelari(ڤلاري):
- orang yang berlari
- orang yang melarikan cukai dan sebagainya.
- selari(سلاري): sama hala
Etimologi
Daripada bahasa Melayik Purba *lari, daripada bahasa Melayu-Chamik Purba *lari, daripada bahasa Melayu-Sumbawa Purba *lari, daripada bahasa Melayu-Polinesia Purba *laʀiw, daripada bahasa Austronesia Purba *laʀiw.
Sebutan
- Kamus Dewan: la·ri
- AFA(kekunci): /lari/
- Rima: -ari, -ri, -i
Audio (MY): (file)
Tulisan Jawi
لاري
Terjemahan
Bahasa Indonesia
- Lihat takrifan bahasa Melayu.
Bahasa Banjar
Takrifan
Kata nama
lari