komersial

Bahasa Melayu

Takrifan

komersial (ejaan Jawi کومرسيال)

Kata sifat

  1. berkaitan dengan perdagangan
  2. digunakan untuk kegiatan berdagang
  3. dapat menjanakan keuntungan
  4. bertujuan untuk mendapatkan keuntungan dengan pengiklanan atau penyiaran

Kata nama

  1. iklan, khususnya di televisyen atau radio

Etimologi

Daripada Inggeris commercial, daripada Perancis commercial (“berkenaan perdagangan”), daripada Latin Lewat commercialis, daripada Latin commercium, con- (“bersama, dengan”) + merx (“barang dagangan”) atau merces (“bayaran”) + -ium.

Sebutan

AFA(kekunci): ko.mər.si.jɑl

Terjemahan

Tesaurus

Sinonim
perdagangan
Antonim
bukan untuk keuntungan dermaan, sumbangan, pemberian, hadiah

Rujukan