kepala

Bahasa Melayu

Takrifan

kepala

  1. bahagian tubuh (manusia atau binatang) daripada leher ke atas atau ke hadapan, hulu.
  2. bahagian sesuatu yang di sebelah atas (hadapan atau hulu) sekali.
    kepala paku; kepala perarakan.
  3. ketua, pemimpin, penghulu.
    Lagaknya macam seorang kepala samseng yang ganas.
  4. otak, akal, fikiran.
    Nasihat itu tidak masuk di kepala budak itu.
  5. orang (digunakan dalam perhitungan atau perkiraan).
    Fitrah bagi tahun ini telah ditetapkan lima ringgit tiap-tiap satu kepala.

Kata majmuk

  • sakit kepala: sakit pada kepala (menyebabkan kepala berasa pening).

Etimologi

Dari bahasa Sanskrit.

Terbitan

  • mengepala: berlaku sebagai kepala.
  • mengepalai: menjadi kepala, mengetuai.
  • mengepalakan: menjadikan kepala.
  • pengepala: orang yang mengepalai.

Sebutan

Kamus Dewan: ke·pa·la

Terjemahan

Tulisan Jawi

كڤالا

Bahasa Indonesia

  • Lihat takrifan bahasa Melayu.