kanan

Bahasa Melayu

Etimologi

Daripada /kawanan/ Proto-Melayu-Polinesia.

Takrifan

kanan

  1. bahagian yang berlawanan dengan kiri, bahagian yang di sebelah timur bila menghadap ke utara.
  2. penting (utama), tinggi kedudukannya.
    pegawai kanan kerajaan.
  3. yang mengikut atau berdasarkan aliran politik yang sederhana (konservatif, tidak revolusioner).
    Pemerintahan masih dikuasai oleh parti yang berhaluan kanan.

Sebutan

  • Kamus Dewan: ka·nan
  • AFA(kekunci): /kanan/
  • Rima: -anan, -nan, -an
  • Audio (MY):(file)

Tulisan Jawi

كانن

Terjemahan

Ungkapan

  • tangan kanan
  1. tangan yang di sebelah kanan
  2. pembantu yang utama (penting), orang harapan.
  • langkah kanan
  1. nasib baik (beruntung).
  2. saat yang baik (beruntung).

Tesaurus

Bahasa Indonesia

  • Lihat takrifan bahasa Melayu.