hutan

Bahasa Melayu

Takrifan

hutan

  1. kawasan yang ditumbuhi pokok-pokok liar (terbiar), rimba.
    Mereka pergi ke hutan menahan perangkap.
  2. pokok-pokok (tumbuh-tumbuhan) yang tidak dipelihara di sesuatu kawasan.

hutan

  1. (kiasan) tidak dipelihara orang, liar.
    Itu ayam hutan.

Kata terbitan

  • kehutanan: berkenaan hutan.
  • menghutan: menjadi hutan.
  • penghutanan: usaha menanami semula kawasan yang luas dengan pokok-pokok kayu supaya kembali seperti hutan.

Etimologi

Daripada bahasa Melayik Purba *hutan, daripada bahasa Melayu-Polinesia Purba *qutan, daripada bahasa Austronesia Purba *quCaN.

Sebutan

  • Kamus Dewan: hu·tan
  • AFA(kekunci): /hutan/
  • Rima: -utan, -tan, -an
  • Audio (MY):(file)

Tulisan Jawi

هوتن

Terjemahan

Tesaurus

Sinonim

Bahasa Indonesia

  1. Lihat takrifan bahasa Melayu.