hidung

Bahasa Melayu

Takrifan

hidung

  1. Suatu organ di muka untuk mencium atau menyedut udara.
    Kita bernafas melalui hidung siang dan malam.
  2. (kiasan) bahagian depan sesuatu benda, muncung.
    Lihat hidung kapal terbang itu.

Kata majmuk

  • batang hidung
  1. tulang yang membina hidung.
  2. (kiasan) kelibat (imbasan) seseorang atau sesuatu.
  • kena batang hidung: (kiasan) (berkenaan kecaman, sindiran) tepat mengenai seseorang.
  • lubang hidung: bahagian yang berlubang pada hidung untuk membolehkan kita mencium dan menyedut udara.
  • sekat hidung: bahagian antara kedua-dua lubang hidung.
  • tidak nampak batang hidung, tidak nampak muka hidung: (kiasan) tidak kelihatan langsung rupa seseorang kerana tidak hadir, tidak pernah muncul.

Kata terbitan

  • berhidung: mempunyai hidung.
  • menghidung: mengucapkan sesuatu melalui hidung (dengan sengau).

Etimologi

Daripada bahasa Melayik Purba *hiduŋ, daripada bahasa Melayu-Polinesia Purba *ijuŋ, *ujuŋ, dari[ada bahasa Austronesia Purba *mujiŋ.

Sebutan

  • Kamus Dewan: hi·dung
  • (Johor-Selangor) AFA(kekunci): /hidoŋ/
  • (Riau-Lingga) AFA(kekunci): /hidʊŋ/
  • Rima: -idoŋ, -doŋ, -oŋ
  • Audio (MY):(file)

Tulisan Jawi

هيدوڠ

Terjemahan

Tesaurus

Sinonim

Rujukan

Pautan luar

  • "hidung" di Pusat Rujukan Persuratan Melayu.

Bahasa Indonesia

Takrifan

Kata nama

hidung (plural hidung-hidung)

  1. hidung

Etimologi

Daripada bahasa Melayu hidung, daripada bahasa Melayik Purba *hiduŋ, daripada bahasa Melayu-Polinesia Purba *ijuŋ, *ujuŋ, daripada bahasa Austronesia Purba *mujiŋ.

Pautan luar