ekor

Bahasa Melayu

Takrifan

ekor

  1. bahagian yang di belakang sekali pada tubuh binatang (biasanya seperti menganjur keluar dari tulang punggung dan boleh digerak-gerakkan).
    Ekor ikan pari panjang dan tirus ke hujung.
  2. sesuatu yang menyerupai ekor.
    Ekor layang-layang itu gunanya ialah supaya layang-layang itu tidak terjal.
  3. bahagian yang paling belakang.
    Ekor perarakan itu baru saja lalu di sini.
  4. (kata kasar) pengikut, penganut.

ekor (tunggal seekor)

  1. penjodoh bilangan untuk binatang.
    Aku ada empat ekor lembu.
  2. (kata kasar) penjodoh bilangan untuk anak.
    Anak empat ekor tu, siapa yang menjaganya?

Terbitan

  • berekor: mempunyai ekor.
  • berekor-ekor: berikut-ikut, berlarut-larut.
  • berekoran: perkembangan, lanjutan daripada.
  • ekoran: akibat, lanjutan.
  • mengekor:
    1. bergayut seperti ekor;
    2. mengikut.
  • mengekori: mengikuti.
  • pengekor: pengikut, penganut.
  • pengekoran: perbuatan mengekori.

Sebutan

Kamus Dewan: é·kor

Terjemahan

Tulisan Jawi

ايكور

Bahasa Indonesia

  1. Lihat takrifan bahasa Melayu.

Tesaurus