dedak

Bahasa Melayu

Takrifan

Kata nama

dedak

  1. Serbuk kulit padi yang berasal daripada penumbukan padi yang boleh diproses untuk dijadikan makanan haiwan ternakan.
    • 1968, Kilang minyak dari dedak di-Tg. Karang, Berita Harian, m/s 10.
      Minyak dari dedak — satu2-nya jenis minyak yang paling sehat di-gunakan untok masakan.
      Minyak dari dedak — satu-satunya jenis minyak yang paling sihat digunakan untuk masakan.
  2. (politik, kiasan) Sebarang taktik atau kegiatan oleh badan politik seperti kerajaan untuk memperoleh sokongan orang awam, lazimnya merujuk terhadap taktik jahat.
    • 31 Mac 2016, Kenapa tiba-tiba dedak menjadi popular?, Free Malaysia Today
      Dalam politik, pemakan dedak ini diistilahkan mereka yang mudah dibeli oleh individu demi menjaga kuasa pembelinya agar tidak jatuh ke tangan orang lain.

Sebutan

  • Kamus Dewan: de·daʔ
  • AFA(kekunci): /də.daʔ/
  • Rima: -aʔ
  • Penyempangan: de‧dak

Tulisan Jawi

ددق

Rujukan

Pautan luar

  • "dedak" di Pusat Rujukan Persuratan Melayu.

Bahasa Iban

Takrifan

Kata nama

dedak

  1. debunga
    Dedak nya ngasuh aku beresin.
    Debunga itu membuatkan saya bersin.