butang

Bahasa Melayu

Takrifan

Kata nama

butang (ejaan Jawi بوتڠ)

  1. Suatu cakera atau benda bulat leper di pakaian yang diselitkan melalui lubang, dan bertindak sebagai kancing.
  2. Suatu papan atau tempat yang ditekan untuk menghidupkan atau mematikan suatu peralatan atau litar elektrik.
  3. (pengkomputan) Suatu kawasan di skrin yang dapat diklik untuk menghidupkan suatu fungsi.

Etimologi

Daripada bahasa Portugis botão.

Sebutan

Pautan luar

  • "butang" di Pusat Rujukan Persuratan Melayu.

Bahasa Indonesia

Takrifan

Kata nama

butang (plural butang-butang)

  1. Suatu cakera atau benda bulat leper di pakaian yang diselitkan melalui lubang, dan bertindak sebagai kancing.

Etimologi

Daripada bahasa Portugis botão.

Sebutan

  • Penyempangan: bu‧tang

Pautan luar


Bahasa Iban

Takrifan

Kata kerja

butang

  1. berzina
    Anang mih kitai butang.
    Janganlah kita berzina.