batang
Bahasa Melayu
Takrifan 1
Kata nama
batang (ejaan Jawi باتڠ)
- Sebarang objek berbentuk kecil dan memanjang.
batang (tunggal sebatang)
- Penjodoh bilangan bagi sebarang objek batang.
Takrifan 2
Kata nama
batang (ejaan Jawi باتڠ)
- sungai (badan air yang mengalir)
Takrifan 3
Kata nama
batang (ejaan Jawi باتڠ)
- (arkaik) mayat (badan orang yang sudah mati)
Etimologi
Daripada bahasa Melayik Purba *bataŋ, daripada bahasa Melayu-Polinesia Purba *bataŋ.
Sebutan
- Kamus Dewan: ba·tang
- AFA(kekunci): /bataŋ/
- Rima: -ataŋ, -taŋ, -aŋ
Audio (MY): (file)
Rujukan
- "batang" di Kamus Dewan, Edisi Keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka, →ISBN, 2005.
Pautan luar
- "batang" di Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
Bahasa Orang Seletar
Takrifan
Kata nama
batang
Sebutan
- AFA(kekunci): /ba.taŋ/
- Rima: -aŋ
- Penyempangan: ba‧taŋ
Rujukan
- “bataŋ” dalam Zhi Xuan Tan, Some Aspects of the language of the Orang Seletar, Singapura: Nanyang Technological University, 2020.