alat

Bahasa Melayu

Takrifan

alat

  1. sesuatu barang yang diperlukan dan digunakan apabila melakukan sesuatu pekerjaan; perkakas.
  2. bahagian tubuh manusia atau haiwan atau tumbuhan yang mengerjakan sesuatu, organ.

Etimologi

Daripada bahasa Arab آلة (’āla).

Sebutan

Kamus Dewan: a·lat

Tulisan Jawi

الت

Terjemahan

Terbitan

  • alatan: peralatan, bermacam-macam alat.
  • beralatkan: menggunakan sesuatu sebagai alat.
  • mengalati, memperalati: membekali atau melengkapi dengan alat.
  • mengalatkan:
    • melengkapkan dengan alat;
    • memperalat, menggunakan seseorang atau sesuatu sebagai alat.

Tesaurus

Sinonim
perkakas, kelengkapan, radas, peranti.

Bahasa Indonesia

  • Lihat takrifan bahasa Melayu.

Bahasa Melayu Negeri Sembilan

Takrifan

Kata kerja

alat

  1. sapu; wipe

Sebutan

  • Penyempangan: a‧lat