adab

Carilah maklumat lanjut mengenai adab di projek-projek kembar Wikikamus:

  Rencana dari Wikipedia.
  Buku teks dari Wikibuku.
  Imej dan media dari Wikimedia Commons.

Bahasa Melayu

Takrifan

adab

  1. tingkah laku serta tutur kata yang halus (sopan), budi bahasa, budi pekerti yang halus, kesopanan.
  2. cara seseorang berkelakuan dalam sesuatu situasi tertentu.

Etimologi

Daripada perkataan Arab ادب (adab).

Sebutan

Kamus Dewan: a·dab

Tulisan Jawi

أدب

Terjemahan

  • Arab: أدب
  • Indonesia: adab
  • Inggeris: manner
  • Urdu ادب

Terbitan

  • beradab:
    1. mempunyai (menunjukkan) adab, berbudi bahasa, bersopan.
    2. telah maju tingkat kehidupan (jasmani dan rohani), bertamadun.
  • peradaban: sistem dan tahap perkembangan sosial sesuatu bangsa; kemajuan sosial dan kebudayaan sesuatu bangsa.

Tesaurus

Sinonim
adat, disiplin, istiadat, resam, santun, sopan, susila, tertib.
Antonim
biadab.

Bahasa Indonesia

  • Lihat takrifan bahasa Melayu.