Zhang Yimou

Zhang Yimou
Zhang di Festival Filem Antarabangsa Busan ke-15
Nama Cina /
Lahir (1950-04-02) 2 April 1950
Xi'an, Shaanxi, China
PekerjaanPengarah filem, penerbit filem, pakar sinematografi dan pelakon
PasanganXiao Hua (肖华) (k. 1978–1988)
Chen Ting (陈婷) (k. 2011)
Anugerah
  • Golden Rooster Awards
    Best Director
    1999 Not One Less
    2000 The Road Home
    2003 Hero
    Best Actor
    1988 Old Well
    Other awards
    BAFTA Best Film Not in the English Language
    1991 Raise the Red Lantern
    1994 To Live
    Golden Bear - Pesta Filem Antarabangsa Berlin
    1987 Red Sorghum
    Silver Lion - Festival Filem Venezia
    1991 Raise the Red Lantern
    Singa Emas - Festival Filem Venezia
    1992 The Story of Qiu Ju
    1999 Not One Less
    Grand Jury Prize - Pesta Filem Cannes
    1994 To Live
    BSFC Award for Best Director
    2004 House of Flying Daggers
    NSFC Award for Best Director
    2004 Hero ; House of Flying Daggers

Zhang Yimou ([tʂɑ́ŋ î.mǒʊ], 张艺谋 atau 張藝謀; lahir 2 April 1950) ialah seorang pengarah, penerbit, penulis dan pelakon filem, serta bekas ketua sinematografi dari negara China. Beliau dianggap sebagai antara pembikin filem Generasi Kelima China yang tersohor setelah membuat sutradara debutnya pada tahun 1987 dengan filem Red Sorghum.

Zhang telah memenangi banyak anugerah serta penghargaan dengan pencalonan Filem Asing Terbaik  untuk Ju Dou di tahun 1990, Raise the Red Lantern di tahun 1991, dan Hero di tahun 2003, hadiah-hadiah Singa Perak dan Singa Emas di Festival Filem Venezia, Hadiah Juri Utama di Festival Filem Cannes, dan Beruang Emas di Festival Filem Antarabangsa Berlin. Pada tahun 1993, beliau merupakan anggota juri Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-43. Zhang juga pernah mengarahkan majlis-majlis pembukaan dan penutupan Sukan Olimpik Musim Panas 2008 yang menerima banyak pujian daripada media antarabangsa.