Zen

Zen merupakan cabang agama Buddha aliran Mahāyāna diasaskan oleh biku Buddha Bodhidharma.

Perkataan Zen adalah dari sebutan bahasa Jepun dari perkataan Cina Chán (禪) yang diambil dari perkataan Sanskrit: ध्यान, rumi: dhyāna yang dapat diterjemahkan sebagai "meditasi" atau "keadaan bertafakur"; ia terbitan kata Sanskrit √dhyā, "mewawas diri, berfikir", lanjutan kata-kata akar √dhī dan dhī yang mula diungkapkan dalam kitab-kitab Veda sebagai "penglihatan berbayang" (imaginative vision) berkaitan dengan kuasa kebijaksanaan dan pengetahuan dimiliki dewi Saraswati; ia turunan akar Proto-Indo-Eropah *√dheie- "melihat".