X1 (kumpulan muzik)
X1 | |
|---|---|
| Maklumat latar belakang | |
| Asal | Seoul, Korea Selatan |
| Genre | K-pop |
| Tahun aktif | 2019–2020 |
| Syarikat rakaman |
|
| Kegiatan berkaitan |
|
| Anggota | Han Seung-woo Son Dong-pyo Kang Min-hee Lee Eun-sang Song Hyeong-jun Cha Jun-ho Kim Yo-han Lee Han-gyul Woodz Kim Woo-seok Nam Do-hyon |
| Bekas anggota |
|
| Pautan berkaitan | |
| Tapak sesawang | swingent.co.kr… |
| Pautan lain | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
X1 (EKS-wun; Korea: 엑스원, rumi: ekseuwon), adalah kumpulan lelaki Korea Selatan yang dibentuk oleh CJ E&M melalui program survival Mnet tahun 2019 Produce X 101. Kumpulan ini terdiri daripada sebelas orang ahli: Kim Yo-han, Kim Woo-seok, Han Seung-woo, Song Hyeong-jun, Cho Seung-youn, Son Dong-pyo, Lee Han-gyul, Nam Do-hyun, Cha Jun-ho, Kang Min-hee, and Lee Eun-sang. Kumpulan ini debut pada 27 Ogos 2019 dengan album mini pertama mereka Emergency: Quantum Leap di bawah Swing Entertainment dan akan diuruskan bersama oleh Stone Music Entertainment.
Pada mulanya dikontrak selama lima tahun, siasatan manipulasi undi Mnet menyebabkan aktiviti mereka terhenti dan selepas perundingan yang tidak berjaya mengenai masa depan kumpulan antara agensi individu ahli, mereka dibubarkan pada 6 Januari 2020.