Wusyu
| Fokus | Hybrid |
|---|---|
| Negara asal | China |
| Famous practitioners | Susyana Tjhan, Lindswell Kwok, Jet Li, Donnie Yen, Jackie Chan, Wu Jing, Tony Jaa, Bruce Lee |
| Sukan olimpik | Tiada |
Wusyu (Tulisan Cina Tradisional: 武術; Tulisan Cina Ringkas: 武术; Pinyin: wǔshù) merupakan seni bela diri yang berasal dari negara China. Perkataan Wusyu berasal daripada dua perkataan iaitu "Wu" yang bermaksud ilmu Perang dan "Syu" yang membawa makna Seni. Di negara China, wusyu juga dikenali sebagai negara China, wusyu juga dikenali sebagai "国术" (guóshù) yang bermaksud seni bela diri kebangsaan.
Terdapat beberapa variasi dalam wusyu, termasuklah Nanquan, Changquan, Sanda, Taijiquan, dan penggunaan senjata seperti Dao (刀 atau pedang bermata tunggal), Jian (剑 atau pedang bermata ganda), Gun (棍 atau tongkat) dan Qiang (枪 atau lembing).
Wusyu lazimnya dipersembahkan dan dipertandingkan dalam bentuk "Taolu" (套路, tàolù), yakni sekumpulan pergerakan wusyu yang digabungkan untuk membentuk sebuah rutin (sama dengan acara seni dalam silat). Taolu merangkumi pergerakan asas seperti tumbukan, cara berdiri (kuda-kuda), dan tendang serta pergerakan aerobatik seperti lompatan, tendangan yang melibatkan lompatan, dan imbangan. Pergerakan Taolu adalah berdasarkan pergerakan seni bela diri tradisi Cina dan boleh diubah dalam acara pilihan (自选, zìxuǎn).
Sanda (juga dikenali sebagai sanshou) merupakan cara pertinjuan moden yang melibatkan tumbukan, tendang dan gusti. Sanda telah merangkumi aspek-aspek bertinju dalam wusyu dan biasanya pertandingan Sanda dijalankan bersama dengan pertandingan Taolu.