Windows 7

Windows 7
Tampilan skrin Windows 7 Ultimate
Maklumat umum
Jenis sistemWindows NT (mul)
Keluarga sistemMicrosoft Windows
PembangunMicrosoft
Model sumberSumber tertutup / Sumber kongsi
Keluaran untuk
pembuatan
RTM: July 22, 2009
Runcit: 22 Oktober 2009
Keluaran terkini6.1 (build 7600.16385.090713-1255)
/ 22 Julai 2009 (2009-07-22)
Tersedia dalam
Senarai bahasa
Didahului olehWindows Vista (mul)
Diganti olehWindows 8 (mul)
Ciri teknikal
Kaedah
pengemaskinian
Windows Update
Pelantar
Senarai pelantar yang disokong
IA-32, x86-64
Jenis intiHibrid
LesenMS-EULA
Format fail
boleh dibaca
Pautan berkaitan
Tapak webOfficial website
Status sokongan
  • Tempoh sokongan arus perdana telah berakhir pada 13 Januari 2015
  • Tempoh sokongan lanjutan telah berakhir pada 14 Januari 2020
Rencana dalam siri ini
    • Pembangunan Windows 7
    • Ciri baru Windows 7
    • Ciri dikeluarkan daripada Windows 7
    • Edisi Windows 7
sunting ยท sunting di Wikidata

Windows 7 (asalnya dikenali dengan nama kod Blackcomb, dan kemudian Vienna) ialah versi terkini sistem pengendalian Microsoft Windows untuk kegunaan komputer peribadi, tak kira di rumah mahupun di pejabat, sama ada komputer meja, riba, netbook, tablet ataupun pusat media. Windows 7 mula dikeluarkan kepada pengilang komputer pada 22 Julai 2009, dan mula dijual kepada awam pada 22 Oktober 2009, tidak sampai tiga tahun selepas keluaran versi terdahulunya Windows Vista. Versi sistem pengendalian untuk pelayan, Windows Server 2008 R2 dikeluarkan pada masa yang sama.

Berbeza dengan Vista yang memperkenalkan banyak ciri baru, Windows 7 dirancang supaya menjadi latar yang terfokus dan kecilan kepada barisan Windows, dengan matlamat keserasian penuh dengan perisian dan perkakasan yang sudah serasi dengan Windows Vista. Pembentangan yang diberikan Microsoft pada 2008 memfokuskan pada sokongan multi-sentuhan, rekaan terkini Windows Shell dengan palang tugas baru, sistem perangkaian rumah dipanggil HomeGroup, dan peningkatan prestasi. Beberapa aplikasi yang sudah diterapkan dalam versi lepas Microsoft Windows, termasuk Windows Calendar, Windows Mail, Windows Movie Maker dan Windows Photo Gallery, tidak akan dimasukkan dalam Windows 7; sebaliknya sesetengahnya akan ditawarkan berasingan sebagai sebahagian daripada suit percuma Windows Live Essentials.