Watt
| watt | |
|---|---|
| Sistem unit | Unit terbitan SI |
| Unit bagi | Kuasa |
| Simbol | W |
| Dinamakan sempena | James Watt |
| Penukaran unit | |
| 1 W dalam ... | ... adalah sama dengan ... |
| Unit asas SI | kg⋅m2⋅s−3 |
| Unit CGS | 1×107 erg s−1 |
Watt (simbol: W) ialah unit SI untuk kuasa dalam Sistem Unit Antarabangsa (SI), dinamakan sempena jurutera Scotland James Watt (1736–1819). Unit ini ditakrifkan sebagai joule per saat dan boleh digunakan untuk menyatakan kadar penukaran tenaga atau pemindahan terhadap masa. Ia mempunyai dimensi Jisim·Panjang2·Masa−3.