Walter Model

Fil Marsyal
Walter Model
Nama lahirOtto Moritz Walter Model
Nama samaranPakar Pertahanan, Singa Pertahanan, Penyelamat Barisan Timur, Bomba Führer, Khinzir Perang
Kelahiran(1891-01-24)24 Januari 1891
Genthin, Kerajaan Prusia, Empayar Jerman
Meninggal dunia21 April 1945(1945-04-21) (umur 54)
berhampiran Duisburg, Ruhr, Jerman Nazi
DisemadikanHürtgenwald (dikebumikan semula)
Kesetiaan
Tahun perkhidmatan1910–1945
PangkatGeneralfeldmarschall
Arahan
  • Divisyen Ke-3 Panzer (November 1940)
  • Kor XLI Panzer (Oktober 1941)
  • Tentera Darat Ke-9 (Januari 1942)
  • Kumpulan Tentera Darat Utara (Januari 1944)
  • Kumpulan Tentera Darat Ukraine Utara (Mac 1944)
  • Kumpulan Tentera Darat Tengah (Jun 1944)
  • Kumpulan Tentera Darat B (Ogos 1944)
  • OB West (Ogos–September 1944)
Pertempuran
Lihat pertempuran
Perang Dunia I
  • Barisan Barat

Perang Dunia II
Anugerah
Tandatangan

Otto Mortiz Walter Model (Sebutan bahasa Jerman: [ˈmoːdəl]; 24 Januari 1891 – 21 April 1945) adalah seorang Fil Marsyal Jerman semasa Perang Dunia II. Walaupun beliau seorang komander panzer yang agresif pada awal Perang Dunia II, Model lebih terkenal sebagai pengamal peperangan defensif. Kejayaan relatifnya sebagai Panglima Tentera Darat Ke-9 semasa pengunduran 1941–42 telah menentukan perjalanan kerjaya masa depannya. Beliau telah digelar panglima taktikal defensif terbaik Reich Ketiga.

Model mula mendapat perhatian Hitler sebelum Perang Dunia II, tetapi hubungan mereka tidak begitu rapat sehingga 1942. Gaya perangnya yang keras dan dedikasi kepada kempen Nazi telah mendapat pujian dari Hitler, yang menganggap beliau salah seorang panglima perang terbaiknya dan berkali-kali menugaskannya untuk memulihkan situasi yang terdesak. Namun, hubungan mereka renggang pada penghujung perang selepas Model dikalahkan dalam Pertempuran Bulge.

Unit-unit dibawah pemerintahan Model membunuh sejumlah besar orang awam Soviet, dan Kerajaan Soviet mendakwanya kerana jenayah perang. Pada April 1945, apabila kekalahan Reich Ketiga tidak dapat dielakkan, Model membunuh diri daripada ditangkap dan dibicarakan untuk jenayah perang.