Vienna

Vienna
Wien
Mengikut arah jam: Muzium Kunsthistorisches, Dewan Bandar, Katedral St. Stephen, Vienna State Opera dan Bangunan Parlimen Austria
Country Austria
NegeriVienna
Pentadbiran
 • Datuk bandarMichael Häupl (SPÖ)
 • Timbalan datuk bandar dan gabenorMaria Vassilakou (Grüne),
Renate Brauner (SPÖ);
Keluasan
 • Bandar Raya414.65 km2 (160.10 batu persegi)
 • Tanah395.26 km2 (152.61 batu persegi)
 • Air19.39 km2 (7.49 batu persegi)
Aras
151 (Lobau) – 542 (Hermannskogel) m (495–1,778 ft)
Penduduk
 (2014)
 • Bandar Raya1,793,667
 • Kepadatan4,002.2/km2 (10,366/batu persegi)
 • Metro
ca. 2,419,000
 • Ethnicity
61.2% Austria
38.8% Lain
 Statistik Austria,
DemonimViennese, Wiener
Zon waktuUTC+1 (CET)
 • Musim panas (DST)UTC+2 (CEST)
Pendaftaran kenderaanW
Laman sesawangwww.wien.gv.at
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "longm"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "coordinates_region"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "longEW"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "longd"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "area_magnitude"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "latNS"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "latm"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "latd"

Vienna (Jerman: Wien [ʋiːn]) adalah ibu negara Austria, dan salah satu dari sembilan negeri-negeri Austria. Vienna adalah bandar utama Austria; dengan penduduk sekitar 1.7 juta (2.2 juta di dalam kawasan metropolitan), dan bandar terbesar di Austria dan juga pusat kebudayaan, perekonomian dan politik. Vienna terletak di timur Austria dan dekat dengan sempadan Republik Czech, Slovakia dan Hungary. Pada 2001, pusat bandar raya ini telah diwartakan sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO dan dari segi kualiti hidup, bandar ini terletak di tempat ketiga .

Selain dikenali sebagai Bandar Muzik kerana legasi muzikalnya, Vienna juga dikatakan sebagai "Bandar Impian" kerana ia merupakan tempat halaman kepada penganalisis psiko pertama dunia, Sigmund Freud. Bandar ini pada asalnya didiami oleh puak Celt dan Roman sebelum ia bertukar menjadi kota Zaman Pertengahan dan Baroque, serta menjadi ibu negara Empayar Austria-Hungary. Bandar ini menjadi terkenal kerana telah memainkan peranan penting sebagai pusat muzik terkemuka Eropah. Pusat bersejarah Vienna kaya dengan seni bina menarik termasuk istana-istana Baroque dan taman-taman.

Pada 2005, Economist Intelligence Unit menyatakan Vienna pada kedudukan pertama (seri bersama Vancouver, Kanada) bandar-bandar yang paling sesuai didiami di dunia. Bandar ini kedudukan pertama pada global kerana inovasi kebudayannya pada tahun 2007 dan 2008, dan pada tempat kelima global (daripada 256 bandar) mengikut Indeks Inovasi Bandar. Vienna juga menjadi hos persidangan perancangan bandar. Di antara tahun 2005 dan 2010, Vienna menjadi bandar nombor satu di dunia mengikut destinasi kongres antarabangsa dan konvensyen. Ia juga berjaya menarik kira-kira lima juta pelancong setiap tahun.