Ummi Hafilda Ali

Ummi Hafilda Ali
Kelahiran (1967-06-23) 23 Jun 1967
Klang Gate, Selangor
PekerjaanAhli perniagaan
SaudaraAzmin Ali (abang)
Azwan Ali (adik)

Ummi Hafilda Ali (lahir 23 Jun 1967) ialah seorang ahli perniagaan yang juga seorang saksi utama dalam perbicaraan kes liwat yang melibatkan ketua pembangkang Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Kini, beliau terlibat dengan beberapa kempen pilihan raya kecil mewakili Barisan Nasional (BN). Antara lain, hasil maklumat yang diberikan oleh Umi Hafilda kepada Dr Mahathir pada 1997, Dr Mahathir telah memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Beliau juga merupakan adik kepada Azmin Ali seorang ahli politik dan juga Azwan Ali seorang pelakon.