The Silence of the Lambs (filem)

The Silence of the Lambs
PengarahJonathan Demme
Lakon layarTed Tally
BerdasarkanThe Silence of the Lambs oleh
Thomas Harris
Dihasilkan olehEdward Saxon
Kenneth Utt
Ron Bozman
DibintangiJodie Foster
Anthony Hopkins
Scott Glenn
Ted Levine
Anthony Heald
SinematografiTak Fujimoto
Disunting olehCraig McKay
Muzik olehHoward Shore
Syarikat
penerbitan
Strong Heart/Demme Productions
Diedarkan olehOrion Pictures
Tarikh tayangan
14 Februari 1991
Masa tayangan
118 minit
NegaraAmerika Syarikat
BahasaEnglish
Bajet$19 juta
Pecah panggung$272.7 juta

The Silence of the Lambs ialah sebuah filem thriller dan psikologi seram Amerika Syarikat tahun 1991 diarahkan oleh Jonathan Demme. Filem ini dibintangi Jodie Foster, Anthony Hopkins dan Scott Glenn. Ia adalah berdasarkan novel tahun 1988 oleh Thomas Harris dengan nama yang sama. Di dalam filem ini, Clarice Starling, seorang pelatih muda FBI meminta nasihat daripada Dr. Lecter yang dipenjara untuk menangkap seorang lagi pembunuh bersiri yang dikenali sebagai "Buffalo Bill".

The Silence of the Lambs ditayangkan pada 14 Februari 1991 dan mengutip $272.7 juta di seluruh dunia berbanding bajet produksi sebanyak $19 juta. Ia merupakan filem ketiga selepas It Happened One Night dan One Flew Over the Cuckoo's Nest untuk memenangi Anugerah Akademi dalam kesemua lima kategori utama: Filem Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Pengarah Terbaik dan Lakon Layar Adaptasi Terbaik. Ia juga merupakan pemenang Filem Terbaik pertama yang dianggap sebagai filem seram dan yang ketiga untuk dicalonkan dalam kategori itu selepas The Exorcist pada tahun 1973 dan Jaws pada tahun 1975. Filem ini dianggap sebagai "budaya, sejarah atau estetika" yang penting oleh Perpustakaan Kongres dan dipilih untuk pemeliharaan dalam Daftar Filem Kebangsaan pada tahun 2011.