The Elder Scrolls V: Skyrim

Helgen
PembangunBethesda Game Studios
PenerbitBethesda Softworks
PengarahTodd Howard
PengeluarCraig Lafferty
Ashley Cheng
Pereka bentukBruce Nesmith
Kurt Kuhlmann
Emil Pagliarulo
Pengatur caraGuy Carver
Penulis/pengarangEmil Pagliarulo
PenggubahJeremy Soule
SiriThe Elder Scrolls
Enjin Creation Engine
PelantarMicrosoft Windows, Nintendo Switch, PlayStation 3, Xbox 360, PlayStation 4, Xbox One
Dilancarkan padaSD: 11 November 2011
GenreBerperanan aksi
ModPemain tunggalPermainan video berganda
Anugerah
–  Steam Award for Test of Time (en) (31 Disember 2016)
–  Golden Geek Award for Video Game of the Year (en) (20 November 2012)
–  Golden Geek Award for Best Video Game Visuals/Artwork (en) (20 November 2012)
–  New York Game Critic Awards Big Apple Award for Best Game of the Year (en) (2012)
–  D.I.C.E. Award - Role-Playing Game of the Year (en) (2011)
–  Game Developers Choice Award - Game of the Year (en) (2011)
Pautan luar
Tapak sesawangelderscrolls.bethesda.net…
Tanda pagarthe_elder_scrolls_v:_skyrim
Pautan lain
sunting · sunting di Wikidata

The Elder Scrolls V: Skyrim  merupakan sebuah permainan video berperanan aksi dunia terbuka yang dibangunkan oleh Bethesda Game Studios dan diterbitkan oleh Bethesda Softworks.  Ia merupakan permainan kelima dalam siri The Elder Scrolls, berikutan The Elder Scrolls IV: Oblivion. Skyrim  dikeluarkan ke seluruh dunia pada bulan November tahun 2011 untuk Microsoft Windows, PlayStation 3, dan Xbox 360. Tiga kandungan muat turun (DLC atau downloadable content) tambahan telah dikeluarkan—Dawnguard, Hearthfire, dan Dragonborn—yang dipakej semula ke dalam The Elder Scrolls V: Skyrim – Edisi Legenda, yang dikeluarkan pada Jun 2013. Versi naik taraf permainan tersebut iaitu The Elder Scrolls V: Skyrim – Edisi Istimewa, telah dikeluarkan untuk Windows, Xbox One, dan PlayStation 4 pada bulan Oktober 2016, termasuk semua tiga DLC  lengkap dengan grafik yang dinaik taraf, bersama-sama dengan beberapa ciri-ciri tambahan. Labuh untukNintendo Switch dirancang untuk dikeluarkan pada tahun 2017.

Cerita utama Skyrim berkisarkan pemain watak dan usahanya untuk menewaskan Alduin si Pemakan Dunia, iaitu seekor naga yang dinubuatkan untuk menghancurkan dunia. Permainan ini berlatarbelakangkan sebuah wilayah fiksyen Skyrim pada dua ratus tahun selepas peristiwa dalam Oblivion. Sepanjang permainan, pemain menyelesaikan misi dan mengubah suai karakter dengan meningkatkan kemahiran. Skyrim meneruskan tradisi dunia terbuka yang digunakan oleh pendahulunya dengan memberi peluang kepada pemain untuk mengembara ke mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Ia juga memberi peluang untuk mengabai atau menangguh plot utama permainan.

Permainan ini dibangunkan dengan menggunakan Creation Engine, iaitu sebuah enjin permainan video yang dibina semula khas untuk permainan ini. Pasukan pembangun memilih untuk memberi nafas kepada dunia permainan agar ia lebih unik dan pelbagai berbanding dengan dunia Cyrodiil, latar tempat Oblivion. Pengarah dan pengeluar eksekutif Todd Howard menganggap dunia Cyrodiil kurang menarik jika dibandingkan dengan Skyrim. Skyrim mendapat pujian kritikal selepas dikeluarkan dan pengulas terutamanya menyebut tentang pembangunan watak dan latar, dan dianggap sebagai salah satu permainan video terbaik sepanjang masa. Permainan ini mencapai penghantaran sebanyak tujuh juta salinan kepada penjual dalam minggu pertama, dan menjual lebih daripada 30 juta salinan di seluruh platform.