Tepung bungkus
Tepung bungkus (Bahasa Thai: ขนมสอดไส้, khanom sot sai, [kʰānǒm sɔ̀ːt sâj]) ialah pencuci mulut tradisional yang mempunyai inti yang manis. Ia dibuat menggunakan kelapa dan gula merah, dan intinya ditutup dengan tepung beras kukus yang dicampur dengan santan. Ia digunakan dalam upacara perkahwinan Thai pada zaman dahulu. Kuih ini dibungkus secara tradisional dengan daun pisang.