|
| Secara bersendirian, Johannes Nicolaus Brønsted dan Thomas Martin Lowry telah mengasaskan idea bahawa asid adalah penyumbang proton (H+) manakala bes adaalah penerima proton. |
Dalam kimia, teori Brønsted-Lowry adalah teori tindak balas asid-bes yang diusulkan secara bebas oleh Johannes Nicolaus Brønsted dan Thomas Martin Lowry pada tahun 1923. Konsep asas teori ini adalah asid (atau asid Brønsted) ditakrifkan sebagai bahan yang boleh melepaskan, atau "menyumbang" proton (kation hidrogen, atau H+) manakala bes (atau bes Brønsted) adalah bahan yang boleh memperoleh, atau "menerima" proton.