Tenzing Norgay

Tenzing Norgay ([tén-sing nor-géi] - བསྟན་འཛིན་ནོར་རྒྱས tendzin norgyé; 29 Mei 1914 sebagai Namgyal Wangdi – 9 Mei 1986), sering digelar sebagai Sherpa Tenzing nmerupakan seorang pendaki gunung berbangsa Sherpa dari Nepal. Beliau merupakan antara individu pertama yang diketahui menjejak kaki di puncak Gunung Everest bersama-sama Edmund Hillary pada 29 Mei 1953. Nama beliau dimasukan dalam senarai 100 orang dari abad ke-20 yang paling berpengaruh dalam majalah Time.