Doktor
Doktor (daripada bahasa Latin doctor yang bererti "guru/pengajar" terbitan docēre "mengajar"; singkatan: Dr atau Dr.), tabib (serapan Arab: طَبيِب, rumi: ṭabīb bentuk ism terbitan kata kerja طَبَّبَ ṭabbaba "mengubat; merawat") atau bomor (Men.) ialah suatu gelaran akademik untuk siswa-siswi yang mendapat ijazah kedoktoran. Ia turut lazim digunakan masyarakat umum untuk menggelar pakar-pakar perubatan sama ada dalam bidang am mahupun khusus (gigi, kesihatan haiwan, pembedahan dan sebagainya).