Silap mata
Silap mata (Mal., Sin.), sunglap atau sulap (terutamanya di Ind.) adalah seni pertunjukan di mana penonton dihiburkan dengan muslihat yang dipentaskan atau ilusi yang dilihat tidak mungkin dilakukan dengan cara biasa. Ia merupakan salah satu seni persembahan tertua di dunia.
Seni ini semakin disempurnakan pada abad ke-19 terutamanya oleh Jean Eugène Robert-Houdin lalu menjadi suatu bentuk seni teater yang popular melanjut sepanjang abad tersebut ke awal abad ke-20, di mana tokoh seperti John Maskelyne dan David Devant, Howard Thurston, Harry Kellar, dan Harry Houdini mencapai kejayaan komersial yang meluas dalam penceburan seni ini mewujudkan suatu "Zaman Keemasan".