Sfera

Sfera merupakan objek geometri seperti bulat yang sempurna dalam ruangan tiga matra, seperti bentuk bola. Sfera yang benar-benar sempurna setangkup di sekitar pusat, jarak semua titik di atas permukaannya pada jejari-jejari dari titik pusatnya () sama. Jarak lurus maksimum melalui pusat bola adalah diameter yang mempunyai dua kali panjang jejari. Perkataan sfera dipinjamkan daripada perkataan esfera dalam bahasa Portugis

Bagi matematik yang lebih tinggi, perbezaan yang wujud antara sfera (permukaan sfera dua dimensi yang tertanam dalam ruang Euclides tiga-dimensi) dan bola (bentuk tiga dimensi yang mengandungi sfera dan dalamannya).

Sebagaimana ditakrifkan dalam fizik, sebuah sfera adalah objek (biasanya diidealkan demi kesederhanaan) yang mampu berlanggar atau tertumpu dengan benda lain yang mengisi ruang.